Bersatu berpecah antara kem Muhyiddin, Hamzah?

Bersatu berpecah antara kem Muhyiddin, Hamzah?

Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin dikatakan bakal bersaing dalam merebut jawatan Presiden parti Bersatu dalam pemilihan yang bakal diadakan November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka sengit dan tegang ketika parti itu didakwa berpecah kepada dua kem antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Presiden dan Setiausaha Agung Bersatu itu dilihat memang tidak sehaluan dalam menentukan hala tuju parti.

Kata sumber, kedua-duanya saling bersaing untuk menjadi dominan. Namun, rata-rata mahu supaya Hamzah menerajui Bersatu berbanding Muhyiddin yang dianggap lemah dalam kalangan akar umbi parti.

Katanya, Muhyiddin dijangka mempertahan kedudukan sebagai Presiden bagi mengelak pengaruh politiknya suram, manakala Hamzah disebut-sebut sebagai pencabar utama jawatan itu dalam sesi pemilihan kali ini yang dijangka diadakan seawalnya November ini.

“Dua kem antara pemimpin-pemimpin ini bukan rahsia lagi, bahkan sejak dahulu.

“Kebanyakan akar umbi Bersatu melihat kedua-duanya saling bersaing untuk dominan dalam Bersatu.

“Memang di peringkat atas mereka masih saling berkomunikasi dan tidak mahu tunjukkan adanya dua kem ini. Namun, hakikatnya, mereka datang dengan pasukan masing-masing.

“Kalau lihat dari segi cara berkempen dalam pilihan raya pun akan berpecah kepada dua pasukan yang memihak kepada Muhyiddin dan Hamzah. Apa kesannya? Ini akan menimbulkan spekulasi bahawa Bersatu perlukan perubahan di peringkat kepimpinan,” kata sumber ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, sumber berkata, sebilangan besar pe­mimpin bekas ahli UMNO dalam Bersatu dan akar umbi parti lebih cenderung menyokong Hamzah selain percaya beliau akan mengemudi parti dengan hala tuju lebih jelas.

Sebaliknya, kata sumber, Muhyiddin asalnya mahu menjadi ‘pendamai’ bagi puak bertentangan yang datang dari PKR dan bekas ahli UMNO dalam Bersatu.

Bagaimanapun, katanya, Muh­­yiddin dilihat semakin tersasar dari matlamat sebenar Bersatu menyaksikan beliau lebih ke arah menyokong bekas Timbalan Presiden PKR yang kini ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam politik semasa.

“Itu sebab mengapa Moha­med Azmin bertanding di Sela­ngor dalam pilihan raya. Namun, pasukan mereka ini ramai yang tewas. Sebab itu, banyak pihak menyokong Hamzah,” katanya.

Selain itu, kata sumber, lebih menguatkan andaian hubungan Muhyiddin dan Hamzah tidak berapa baik apabila Hamzah dikatakan tidak mengetahui apa-apa mengenai calon dipertan­ding dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) tahun lalu.

“Beliau sebagai Setiausaha Agung sendiri tidak tahu menahu tentang hal-hal calon. Sebab ramai yang dipilih adalah dari kelompok Muhyiddin sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN