JOHOR BAHRU: Bekalan beras tempatan semakin sukar diperoleh dalam pasaran sehingga menyebabkan pengguna tiada pilihan dan terpaksa membeli beras import yang dijual pada harga lebih mahal. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis di bandar raya ini bukan sahaja semakin sukar diperoleh, malah dijual dalam jumlah terhad. Seorang pengguna, Abdul Latif Juhari, 39, mengakui terpaksa membeli beras import kerana lebih banyak pilihan berbanding beras tempatan. “Memang susah hendak dapatkan beras tempatan…










