PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Kaunselor Ekonomi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Dave Williams di Istana Pasir Pelangi, Johor, hari ini.
Williams yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta bersama kartun terkenal The Flintstones dan The Jetsons, turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim atas peluang diberikan untuk melawat Istana Flintstones di Mersing.
Menurut kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Williams mengadakan lawatan ke istana berkenaan, semalam.
“Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Ibrahim kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan kartun berkenaan,” katanya.-UTUSAN










