PGA rampas 10 tan beras seludup dari Thailand - Utusan Malaysia

PGA rampas 10 tan beras seludup dari Thailand

SEBAHAGIAN beras seludup yang dirampas PGA dalam selepas menahan sebuah lori di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 10 tan beras yang dipercayai di seludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki dihadapan Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Bunga di sini awal pagi tadi.

Penahan lori itu dilakukan pada pukul 1.45 pagi selepas anggota bertugas mengekori lori tersebut selepas dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Kampung Jedok di sini.

berkata, anggota bertugas kemudian berjaya menahan lori tersebut di hadapan Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Bunga untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan dibahagian belakang lori yang ditutup dengan kanvas itu telah menjumpai 200 kampit guni-guni putih yang mengandungi beras.

“Pemandu lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkait dengan beras tersebut. Jadi kita tidak menolak kemungkinan ia telah diseludup masuk ke negara ini melalui Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, hasil soal siasat suspek mengaku dibayar sebanyak RM 800 untuk membawa beras tersebut merangkumi upah dan bahan bakar kenderaan.

Katanya, beras tersebut diambil di kawasan berhampiran Pasaraya Pantai Timur Bukit Bunga yang dihantar oleh beberapa buah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero

“Beras tersebut akan dihantar ke Perak. Semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkait dadah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN