Bekas Mufti Selangor nafi terlibat iklan pelaburan dalam media sosial - Utusan Malaysia

Bekas Mufti Selangor nafi terlibat iklan pelaburan dalam media sosial

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid menafikan beliau mempunyai kaitan dengan sebuah iklan pelaburan tular dalam media sosial atas nama ‘Investor City’.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Mohd. Tamyes hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada malam tadi untuk membuat aduan dan mendakwa namanya disalah guna oleh pemilik iklan berkenaan.

“Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan yang Mohd. Tamyes. Repot polis dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan iklan sedemikian dan menyarankan supaya menyemak kesahihannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai diingatkan membuat pelaburan di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan buat semakan di laman web BNM bagi menentukan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan tersebut. 

“Jika mencurigakan segera menghubungi mana-mana balai polis untuk pertanyaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya