BUKIT MERTAJAM: “Dulu, semua arwah (suami) yang uruskan. Bil-bil semua dia bayar. Anak-anak semua dia tanggung. Jadi, bila dapat bantuan daripada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) ini, rasa kurang bebanan yang saya terpaksa tanggung selepas dia tiada kerana saya tak bekerja.” Itu kata Nur Ammera Atan, 32, isteri kepada Muhamad Firdaus Rosli, 36, seorang penghantar makanan yang maut dalam kemalangan ketika sedang sedang bertugas menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya, baru-baru ini.…










