Konvensyen PH 2026: Ahli parti komponen mula berkumpul di Persada Johor - Utusan Malaysia

Konvensyen PH 2026: Ahli parti komponen mula berkumpul di Persada Johor

AHLI-AHLI parti komponen PH mula berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru seawal pukul 7.30 pagi bagi menghadiri Konvensyen PH yang akan berlangsung, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ribuan ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) mula berhimpun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini bagi menghadiri Konvensyen PH 2026, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dari seluruh Malaysia mula tiba di lokasi konvensyen seawal pukul 7.30 pagi.

Menurut Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil, konvensyen itu dijangka menghimpunkan lebih 5,000 ahli bukan sahaja dari Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak.

“Amanat Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi fokus utama konvensyen ini, namun kepimpinan tertinggi setiap parti komponen juga akan berucap.

“Selain itu, menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri PH juga akan berucap berkongsi pengalaman mereka mentadbir sesebuah kerajaan,” katanya.

Sementara itu, beberapa ahli merungut susulan masalah ketiadaan bekalan air yang berlaku di kesemua tiga tingkat pusat konvensyen berkenaan, pagi tadi.

Perkara itu menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan air minuman dalam botol ketika ke tandas.

Turut berlaku gangguan bekalan elektrik selama beberapa minit di ruang makan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN