JOHOR BAHRU: Ahli dan penyokong UMNO sudah lali dengan kenyataan-kenyataan negatif bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap parti itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hal itu kerana kenyataan dikeluarkan Dr. Mahathir penuh dengan perasaan dendam dan kebencian. Menurut beliau, ahli dan penyokong UMNO kini hanya melihat negarawan itu sebagai bahan sejarah dalam arena politik tanah air. “Saya harap pada masa akan datang,…










