Adik cari abang hilang sejak 2016

Adik cari abang hilang sejak 2016

KAMARUDIN Mansor menunjukkan gambar abangnya, Rosli Mansor yang menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak lebih lima tahun lalu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki memohon bantuan orang ramai bagi mencari abang kandungnya yang kali terakhir ditemuinya pada tahun 2016 dan kini telah terputus hubungan tanpa sebarang khabar.

Kamarudin Mansor, 58, dari Kampung Ulu Inas, Johol di sini berkata, dia sudah mencari abang sulungnya itu, Rosli Mansor, 61, itu, sejak lebih lima tahun lalu dan kali terakhir usahanya adalah dengan mendapatkan status abangnya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kira-kira empat bulan lalu.

Menurutnya, abangnya dimaklumkan masih hidup dan berpandukan maklumat yang diperoleh, dia telah cuba mengesan abangnya melalui alamat terbaharu di Sungai Bertik, Klang, Selangor.

“Saya ke sana tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung, dan apabila sampai sana, kakak ipar memberitahu sudah bercerai dengan abang pada tahun 2019. Bagaimanapun dua tahun sebelum itu, abang sudah pun keluar dari rumah mereka suami isteri.

“Sehingga kini, kami adik beradik yang lain tertanya-tanya ke mana abang sulung kami pergi malah bimbang dengan keadaannya. Kami memang harap agar abang dapat menghubungi kami secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di sini.

Jelas Kamarudin lagi, abangnya itu sebelum ini bekerja di Pelabuhan Klang dan kebiasaannya berhubung dengan mereka dengan menggunakan nombor telefon rakan-rakannya yang lain.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui mengapa abangnya itu tidak mahu memaklumkan di mana dirinya berada termasuk terputus hubungan dengan rakan-rakan yang sering dihubunginya sebelum ini.

“Pada tahun 2021, adik kami, Nasaruddin Mansor meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 dan kematiannya itu menyebabkan kami perlu menyelesaikan harta peninggalan arwah bapa, Mansor Manaf di mahkamah.

“Namun, sehingga kini, urusan itu tidak dapat dibuat kerana abang gagal dikesan. Sehubungan itu, individu yang mengenali abang saya boleh menghubungi saya di talian 011-27770571,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya