9 juta menerima STR, SARA seluruh negara

9 juta menerima STR, SARA seluruh negara

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDI: Kira-kira sembilan juta rakyat di seluruh negara kini mendapat manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM15 billion diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan kedua-dua bantuan itu pada tahun ini tahun 2024 iaitu RM10 bilion.

Katanya, sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk 900,000 penerima STR dan SARA di negeri Sarawak

“Untuk di Sarawak, Kementerian Kewangan menyediakan 20 lokasi, manakala 17 lokasi di Sabah bagi memudahkan penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank menuntut bantuan secara tunai.

“Setakat ini, program berkenaan sudah dilaksanakan di 15 lokasi di Sarawak dan lima lagi lokasi akan dilaksanakan minggu depan. Penerima STR tanpa akaun bank juga boleh membuat tuntutan bantuan secara tunai di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Penunaian STR dan Perkhidmatan Komuniti Bergerak Mini (Mini-MCS) di Dewan Mahligai Gading, hari ini.

Beliau berkata, penerima yang layak STR turut menerima SARA iaitu bantuan bulanan untuk membeli barangan keperluan harian di premis berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA.

Dalam perkembangan sama, Amir Hamzah memaklumkan Sarawak mencatat prestasi memberangsangkan dalam pelaksanaan SARA apabila 99 peratus penerima menggunakan MyKad untuk membuat pembelian di premis berdaftar.

“Ini membuktikan mekanisme SARA berasaskan MyKad adalah mudah, selamat dan berkesan, terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Menurutnya, nilai kredit SARA yang diterima penerima adalah antara RM600 hingga RM2,400 setahun mengikut kategori kelayakan dan boleh mencecah RM2,500 termasuk SARA Penghargaan yang disalurkan secara sekali bayar.

Sementara itu, jumlah Rakan Niaga SARA di seluruh negara meningkat kepada 13,491 premis setakat 16 Jun lalu berbanding hanya 700 premis pada tahun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN