7 termasuk wanita ditahan babit penemuan mayat dalam kereta

7 termasuk wanita ditahan babit penemuan mayat dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh individu termasuk wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, pada 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, empat lelaki ditahan pada 6 September lalu dan disambung reman hari ini hingga Rabu ini.

Menurutnya, suspek kelima pula seorang lelaki ditahan Jumaat lalu dan direman sehingga esok  manakala suspek keenam yang juga wanita ditahan Sabtu lalu serta direman sehingga Rabu ini.

“Suspek ketujuh ditahan di Johor semalam selepas polis mengesannya bagi membantu siasatan dan direman hingga Rabu ini,” katanya di sini hari ini.

Pada 7 September lalu, seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, awal pagi semalam selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah.

Mangsa yang juga penganggur berusia 26 tahun, ditemukan maut dalam sebuah kereta Proton Gen2, sekitar pukul 12.50 tengah malam  di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong dekat sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN