KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rangkaian 5G bukan sekadar teknologi, tetapi penting untuk mencapai matlamat pembangunan mapan (SDG).
Menurut Perdana Menteri, ini kerana keseluruhan rangkaian 5G jelas merupakan satu perkara untuk memastikan setiap rakyat sama ada di kawasan bandar sehingga ke kawasan diberikan peluang dan akses ketersambungan itu.
“Jika tidak, saya fikir ia tidak mapan.
“Kemapanan bukanlah untuk memanfaatkan segelintir elit atau kumpulan pemerintah.
“Kemapanan bermakna menghargai rakyat dan mendapat manfaat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) anjuran Huawei di sini.
Sementara itu, Anwar menyifatkan peralihan model pelaksanaan 5G pada masa ini dapat membolehkan penyertaan yang lebih berkesan dari Huawei China sekali gus memberikan keseimbangan antara teknologi Barat dan Timur di Malaysia.
Anwar bagaimanapun mengulangi proses peralihan daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian itu suatu keputusan sukar. – UTUSAN