1,843 polis, pesara polis di Melaka dianugerahkan PJPN

1,843 polis, pesara polis di Melaka dianugerahkan PJPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Kontinjen Melaka menerima sebanyak 2,355 permohonan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) melalui laman sesawang ePesara bagi tempoh 2014 hingga tahun ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, daripada jumlah itu seramai 801 penerima telah dianugerahkan secara istiadat sementara 1,042 penerima tanpa istiadat.

Kata beliau, setakat ini seramai 512 penerima masih belum menerima pingat dan mereka telah memohon penganugerahan dilakukan tanpa istiadat.

“Sepanjang tahun ini penganugerahan pingat tanpa istiadat telah dilakukan sebanyak dua kali melibatkan 100 penerima iaitu pada 28 Mac dan 25 Mei lepas. Tiga pingat disempurnakan di kediaman masing-masing manakala 97 penerima lagi menerima pingat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka.

“Hari ini seramai 184 penerima terdiri daripada 19 pegawai polis yang masih bertugas dan 165 pesara polis yang menetap di negeri ini menerima PJPN yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Zainol, PJPN dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang kepada negara di kalangan anggota polis semasa zaman darurat dan insurgensi komunis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN