13 pemandu lalok dicekup polis

13 pemandu lalok dicekup polis

OP Perdagangan Kontinjen Johor menahan 13 pemandu lori di bawah pengaruh dadah di seluruh Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 13 pemandu kenderaan berat ditahan setelah mendapati memandu di bawah pengaruh dadah dalam Op Perdagangan Kontijen Johor yang dijalankan di seluruh negeri ini, semalam.

Dalam operasi itu yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor sejak 12 tengah malam hingga pukul 8 pagi turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 15 suspek yang ditahan dalam operasi khas itu berusia lingkungan 22 tahun hingga 48 tahun.

“Dalam Op Perdagangan Kontijen Johor itu, seramai 15 individu ditahan dengan dua daripadanya adalah individu yang dikehendaki setelah terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 379A kanun keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Sementara itu,13 individu lain yang ditahan didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi sama, sebanyak 730 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 210 keping saman Pol.257 dikeluarkan.

Beliau berkata, dalam operasi itu, turut dikesan sebuah lori perdagangan yang membawa lebih muatan sebanyak 35 peratus. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN