Polis tidak terima laporan anggota ‘Polis 42’ dikepung mat rempit

Polis tidak terima laporan anggota ‘Polis 42’ dikepung mat rempit

HANTARAN yang dimuat naik berhubung dakwaan ‘Polis 42’ dikepung mat rempit di Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai seorang anggota dikenali sebagai ‘Polis 42’ yang didakwa dikepung oleh sekumpulan mat rempit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, semakan mendapati pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan perkara tersebut.

“Setakat ini tiada aduan yang diterima,” katanya secara ringkas ketika diminta mengulas perkara itu.

Terdahulu, seorang pengguna aplikasi Threads memuat naik satu hantaran mendakwa ‘Polis 42’ dikepung mat rempit.

Menurutnya, kejadian yang berlaku malam tadi berpunca daripada tindakan seorang anggota ‘Polis 42’ yang didakwa melanggar seorang penunggang motosikal hingga terjatuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN