TMJ ketuai jelajah Kembara Mahkota Johor 2023

TMJ ketuai jelajah KMJ 2023

KONVOI KMJ 2023 diketuai Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulakan jelajah ke seluruh negeri dari Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Buat julung kalinya, Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang memasuki edisi ke-23 dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berangkat sama isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 yang bermula hari ini dari Istana Pasir Pelangi ialah Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Jelajah KMJ 2023 selama empat hari yang merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer diadakan semula tahun ini selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019 akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Acara pelepasan konvoi Diraja Johor itu disempurnakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli.

Pada hari pertama, KMJ 2023 menjelajah ke daerah Kota Tinggi dan Mersing.

Rombongan yang menjelajah menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu singgah di Kulim Eco-Trail Retreat di Ulu Tiram dan Felda Bukit Aping Timur di Kota Tinggi serta Kampung Stay di Mersing.

Di tempat persinggahan, Tunku Ismail turut menyaksikan pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi KMJ 2023, antaranya melepaskan pertandingan bot nelayan dan menyaksikan permainan alat kawalan jauh 4X4.

Pada hari kedua, rombongan KMJ 2023 akan menjelajah untuk bertemu rakyat jelata di daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar yang melibatkan perjalanan sejauh 321 kilometer.

Antara lokasi yang disinggahi ialah Kampung Lukut, Laman Kembara Paloh, Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil.

Esok, KMJ 2023 meneruskan jelajah di daerah Muar dan kemudian ke Batu Pahat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya