Hisyam Hamid belum sedia ulas dakwaan sudah bercerai - Utusan Malaysia

Hisyam Hamid belum sedia ulas dakwaan sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Belum sedia untuk ulas mengenai perkara itu,”

Demikian respons pelakon, Hisyam Hamid, mengenai dakwaan kononnya rumah tangga dia dan isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel yang ikatakan sedang bergolak.

Bukan sengaja mahu berdiam diri, namun menurut Hisyam, ada banyak hati yang perlu dijaga.

“Mungkin dalam setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Saya tak tahu bagaimana hendak jawab dan ulas mengenai perkara ini (status rumah tangga).

“Bila tiba masa sesuai dan sudah bersedia, saya akan cakap. Untuk berkata mengenai perkara ini, banyak faktor yang perlu diambil kira.

“Saya perlu jaga hati anak-anak,” katanya.

Hisyam berkata demikian ketika ditanya mengenai kesahihan khabar angin kononnya dia dan isteri sudah bercerai sejak setahun lalu.

Pelakon Hatimu Sedingin Salju itu bagaimanapun menegaskan, Mel masih menguruskan kerjayanya dan hubungan mereka masih baik.

“Sebenarnya kami sampai sekarang okay. Aidilfitri baru-baru kami masih keluar bersama dengan anak-anak.

“Dia juga masih mengurus kerjaya saya. Tapi untuk komen mengenai status (masih suami orang atau tidak) saya belum bersedia.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama. Siapa yang perasan itu, perasanlah,” katanya.

Bukan rimas, pelakon asal Singapura itu faham sekiranya kisah peribadinya menjadi perhatian ramai.

“Saya faham selebriti, orang hendak tahu mengenai hal peribadi. Saya juga faham ada peminat yang sering bertanya, malah ramai juga sering mendoakan kami.

“Apa yang saya boleh cakap, hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara agak peribadi dan saya tak boleh berkongsi,” katanya.

Hisyam ditemui Utusan Malaysia di majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 rumah produksi, Global Station di Kemensah Heights di sini, semalam.

Sejak setahun lalu, rumah tangga Hisyam menjadi bahan perbualan apabila pelakon itu sudah jarang memuat naik foto isteri di laman sosial.

Hisyam bagaimanapun menjelaskan dia berbuat demikian untuk melindungi privasi keluarga.

Terdahulu, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada tahun 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya