SOSMA tidak mansuh, ada 2 syor utama tambah baik

SOSMA tidak mansuh, ada 2 syor utama tambah baik

RAMKARPAL Singh ketika perlepasan peserta "Briskwalk" Merdeka 2023 dan Sambutan Jalur Gemilang di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) masih lagi kekal dan tidak akan dimansuhkan kerajaan, namun bakal ditambah baik dengan dua syor utama.

Malahan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, beliau akan membawa syor berkenaan kepada Kabinet untuk pertimbangan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskannya lanjut apakah syor-syor itu tetapi memberi bayangan mengenai isu ikat jamin terhadap tahanan yang sedang diteliti.

“Mansuh memang tiada dalam pertimbangan kerajaan tetapi kita akan lihat kepada usaha untuk menambah baik SOSMA dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berjalan santai Merdeka 2023 bersempena sambutan kibar Jalur Gemilang bersama agensi-agensi portfolionya di sini hari ini.

Awal bulan ini, beliau menerusi kenyataan mengesahkan bahawa ada 12 sesi libat urus mengenai isu SOSMA diadakan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan serta diteliti Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Bahkan sesi itu melibatkan ramai ahli keluarga kepada 69 tahanan di bawah SOSMA yang melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor pada 31 Julai lalu.

Beliau menjangkakan rumusan daripada sesi libat urus diadakan itu dapat dimuktamadkan kerajaan pada tahun ini juga namun kemungkinannya dilaksanakan secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya