Segera salur peruntukan RM320 juta selesai bekalan air Sabah

Segera salur peruntukan RM320 juta selesai masalah air Sabah

MOHD SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri harus berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan peruntukan RM320 juta untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah dapat disalurkan dengan kadar segera.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri mempunyai landasannya untuk menggesa agar peruntukan tersebut segera disalurkan kepada Sabah.

“Kerajaan negeri ada landasannya, kalau Ketua Menteri minta pun berat, apa lagi saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa, walaupun selaku Ketua Pembangkang (DUN Sabah). Tapi, saya akan bangkitkan perkara ini apabila bertemu dengan Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri),” katanya dalam sidang akhbar selepas persidangan DUN Sabah hari ini.

ADUN Senallang itu berkata, semasa mendengar penjelasan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun bahawa peruntukan RM320 juta itu belum lagi diterima maka, kerajaan negeri perlu menggunakan kewangan sendiri terlebih dahulu.

Beliau berkata, peruntukan yang diberikan itu adalah pinjaman kewangan kepada kerajaan negeri maka, sudah pasti ada kadar pinjaman tertentu yang akan dikenakan.

“Pada peringkat awal, Perdana Menteri umumkan bahawa ia akan disalurkan kerana masalah (air) ini cukup penting tapi, saya lihat (peruntukan) itu belum sampai pun.

“Peruntukan ini adalah sebagai sebahagian daripada pinjaman kepada negeri Sabah, saya tidak tahu kadar yang dikenakan tapi, sudah pasti ada kadar pinjaman yang dikenakan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, siasatan secara mendalam perlu dilakukan terhadap Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang didakwa mampu membekalkan air kepada syarikat swasta.

Beliau tidak ingin melihat ketirisan yang berlaku bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga, usaha untuk menangani isu air yang menjadi perkara pokok di peringkat negeri Sabah.

“Bekalan air tidak mencukupi dimerata tempat tapi, pihak syarikat tertentu boleh mendapatkan bekalan air. Jabatan Air bergantung kepada swasta untuk membekalkan air kepada masyarakat yang amat terdesak.

“Bagaimana pihak swasta boleh mendapat bekalan air? Dari mana mereka dapat bekalan?. Sudah pasti bukan daripada pembekal atau syarikat konsesi kerana Jabatan Air adalah jabatan yang berhak mengeluarkan air di negeri Sabah. Jadi kalau syarikat boleh beli, takkan rakyat tidak boleh beli,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya