Sawit: EU dengar pandangan Malaysia - Utusan Malaysia

Sawit: EU dengar pandangan Malaysia

Sawit EU
FADILLAH Yusof bergambar bersama penerima skim bantuan pekebun kecil daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi pada Program Sembang Santai Bersama Pekebun Kecil Sawit dekat Pulau Carey di Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Malaysia menegaskan kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya tidak menjadikan sesebuah negara sebagai kayu ukur kepada pematuhan dalam pengeluaran minyak sawit, sebaliknya penanda aras itu sepatutnya dinilai melalui syarikat pengeluar.

Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pandangan tersebut disuarakan dalam pertemuan mereka bersama negara pengeluar EU di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Menurutnya, pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada negara-negara pengeluar minyak sawit bagi EU menetapkan garis panduan eksport bahan komoditi itu ke Eropah.

“Perjumpaan diadakan di Jakarta, Indonesia selama dua hari dan saya baru dapat taklimat daripada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, EU menerima baik segala saranan yang kita kemukakan termasuk dari segi benchmarking.

“Maknanya, sekarang ini benchmarking hendak dibuat kepada negara, kita kata tak boleh, patut kepada syarikat pengeluar. Kalau sesebuah negara dikatakan berisiko tinggi, takkanlah Malaysia (negara) secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sembang Santai Bersama Pekebun Kecil Sawit, hari ini.

Beliau menambah, terdapat beberapa perkara lain dikemukakan Kerajaan Malaysia yang turut diterima EU sebelum sebuah garis panduan berkenaan export minyak sawit dimuktamadkan.

Fadillah menjelaskan, pandangan dikemukakan kerajaan amat penting selepas mengambil kira sekatan yang pernah berlaku terhadap syarikat-syarikat pengeluar sawit seperti Felda Global Venture (FGV) serta Sime Darby akibat daripada aduan yang tidak disiasat dan disahkan.

“Bila mereka (bertindak) berdasarkan aduan, mereka ambil tindakan. Yang berlaku pada FGV misalnya, Sime Darby juga dahulu di Amerika Syarikat. Bila aduan daripada seseorang, disekat produk daripada masuk ke negara mereka, sekat di pelabuhan.

“Jadi, ini menyebabkan kerugian, sebab itu kita mengatakan kalau ada aduan yang mesti berasas dan disahkan oleh negara kita, sahih atau tidak. Kena ada siasatan, bila disahkan sahih, baru ambil tindakan. Tak bolehlah buat sembrono berdasarkan satu aduan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya