Renee Blair trauma, hilang dua liter darah ketika melahirkan - Utusan Malaysia

Renee Blair trauma, hilang dua liter darah ketika melahirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi, Renee Blair, 31, tampil mendedahkan pengalamannya berdepan detik cemas apabila kehilangan kira-kira 2 liter darah dalam badan ketika melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman itu di Instagram, Renee memaklumkan berdepan serangan panik sementelah melihat dirinya yang pucat lesu gara-gara keadaan tersebut.

“Bagi yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, saya, dua jam selepas melahirkan anak hilang darah kira-kira 2 liter dan terpaksa menjalani pemantauan rapi tersebut memastikan keadaan terkawal.

“Boleh kata, saya hilang hampir separuh kuantiti darah dalam badan. Saya hampir mengalami serangan panik apabila melihat keadaan diri saya yang pucat dan keletihan selepas melalui fasa mencabar itu,” tulisnya di Instagram.

Blair mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Jordan Schmidt September tahun lepas. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Dalam perkongsian sama, Blair memaklumkan keadaannya semakin baik dan dia kini dana proses pemulihan.

“Jujurnya, pengalaman itu memang menakutkan. Tapi, hidup diteruskan.
Saya kumpul kekuatan saban hari.

“Tubuh kita memberitahu kita bila perlunya untuk memperlahankan keadaan, semua itu terpulang sama ada kita benar-benar mengambil perhatian atau sebaliknya.

“Saya lemah dalam perkara itu. Kehamilan ini benar-benar mengajar saya tentangnya,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN