Program INSKEN IBBC raih RM2.6 juta, cipta 192 peluang kerja

Program INSKEN IBBC raih hasil jualan RM2.6 juta, cipta 192 peluang kerja

KESEMUA 135 usahawan telah diraikan melalui Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN yang dirasmikan oleh Ewon Benedick di sekitar Bangi, Selangor baru-baru ini. - GAMBAR INSKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) berjaya mencatatkan sebanyak hasil jualan sebanyak RM2.6 juta dan 192 pekerjaan baharu dalam tempoh masa empat bulan ia dilaksanakan.

Hasil positif itu direkodkan melalui empat industri yang telah tamat iaitu dua kohort Kafe & Restoran, Bakeri serta Pencetakan dan Servis Berkaitan.

Program INSKEN Start-Up Coaching pula mencatat 164 peratus peningkatan skor diagnostik dalam masa enam bulan program itu dijalankan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, hasil pencapaian keseluruhan Program IBBC itu mencatatkan 3.8 kali nilai gandaan daripada peruntukan dana yang telah diberikan oleh kerajaan.

“Program IBBC juga berjaya memajukan 12 perniagaan melalui penukaran status perniagaan daripada mikro kepada kecil,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, INSKEN menjalankan program mengikut keperluan usahawan dan memastikan keberhasilan sesebuah kursus adalah menjadi keutamaan.

Katanya, melalui program bimbingan seumpama itu, INSKEN dapat mengukur pencapaian usahawan dan bukan sekadar menjalankan program seperti melepaskan batuk di tangga.

“Kejayaan usahawan juga telah memberi suntikan semangat kepada kami untuk kekal agresif dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan agar lebih ramai usahawan dapat memajukan perniagaan mereka,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya