Jemaah fokus ibadah hasil persiapan rapi TH - Utusan Malaysia

Jemaah fokus ibadah hasil persiapan rapi TH

JEMAAH Haji Malaysia dibawa mengunjungi ke Masjid Quba sebagai salah satu program ziarah Tabung Haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Persiapan menyeluruh yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji (TH) membolehkan jemaah haji Malaysia memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di ta­nah suci.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd. Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, pihaknya yang memantau persiapan operasi haji sejak dua bulan lalu berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan TH dalam menjaga kebajikan jemaah.

TENGKU MOHD. DZARAIF

Menurut beliau, segala aspek penting termasuk penginapan, logistik dan keperluan harian diurus secara teratur bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan selesa.

“Alhamdulillah, TH bersungguh-sungguh bersama penyedia tempatan untuk memastikan kebajikan serta semua keperluan jemaah terjamin supaya mereka boleh fokus 100 peratus kepada ibadah.

“Ini perkara penting kerana matlamat utama jemaah datang ke Tanah Suci adalah untuk menunaikan ibadah haji de­ngan tenang dan sempurna,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ta’aruf Operasi Haji 2026 di sini.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia yang hadir menunaikan haji merupakan tanggungjawab bersama pihak konsulat.

Beliau turut memuji penge­nalan inisiatif Muhsen yang di­sifatkan mampu membantu melancarkan urusan jemaah, selari dengan peraturan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN