Program ‘BIG WHY KEJAYAAN’ beri impak positif kepada ibu bapa

Program ‘BIG WHY KEJAYAAN’ beri impak positif kepada ibu bapa

Unisza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Objektif Program ‘BIG WHY KEJAYAAN’ adalah untuk memberi kesedaran dan menyuntik motivasi kepada ibu bapa supaya mereka dapat memainkan peranan utama agar pelajar memberi komitmen yang sepenuhnya sepanjang mengikuti program empowerNCER Akademik.

 Program ‘BIG WHY KEJAYAAN’ telah dilaksanakan di Perlis dan 12 buah daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik, Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Baling dan Langkawi melibatkan 5,000 pelajar dan ibu bapa.

 “Program empowerNCER Akademik ini direka khas oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan tujuan mengurangkan kadar kemiskinan masa hadapan melalui pendidikan. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan mampu meningkatkan pencapaian akademik mereka dan memberi peluang masa depan yang lebih cerah dan seterusnya mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan,” kata Ketua Eksekutif NCIA, Encik Mohamad Haris Kader Sultan.

 UniSZA Consultancy Sdn Bhd telah diberi mandat untuk melaksanakan Program empowerNCER Akademik Batch 3 – Pakej 1 tahun 2023 bagi Perlis dan 12 daerah di Kedah.

 Majlis perasmian program ini telah diadakan di Dewan SMK Putra pada 24 Jun 2023 yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,Encik Ayob Ahmad. Turut Hadir ialah Ketua Pejabat Pejabat NCIA Perlis, Encik Muhammad Faridzul Lin serta Pengarah Program UniSZA Consultancy Sdn Bhd, Encik Mohd Nazron Ismail.

 Semasa majlis berkenaan, Encik Ayob mengucapkan tahniah kepada pelajar dan ibu bapa yang terpilih dan hargailah peluang yang diberikan dengan semangat baharu serta teruskan momentum kecemerlangan dalam mencapai keputusan SPM yang lebih cemerlang.

 Selain Program ‘BIG WHY KEJAYAAN’, empowerNCER Akademik turut mengadakan Kelas Pengukuhan dan Program Sahsiah kepada ibu bapa, pelajar dan guru-guru yang akan mengikuti program berkenaan.

 Program empowerNCER Akademik merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Modal Insan NCIA yang menyasarkan peningkatan pencapaian akademik pelajar daripada kumpulan B40. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya