PRN: Warga emas individu pertama beratur mengundi di SK Penanti - Utusan Malaysia

PRN: Warga emas individu pertama beratur mengundi di SK Penanti

JAMILAH Saaud, 60, menjadi orang pertama beratur untuk mengundi bagi PRN Pulau Pinang selepas tiba di SK Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang kira-kira pukul 7.28 pagi tadi. - Pic: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Seorang warga emas menjadi orang pertama yang beratur untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, di sini hari ini.

Jamilah Saaud, 60, yang tinggal di Sungai Dua dekat sini, tiba seawal 7.28 pagi dan beratur di pintu masuk sekolah berkenaan sebelum dibenarkan masuk oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memeriksa saluran mengundi.

Dia yang juga seorang suri rumah berkata, keputusan keluar awal pagi itu bagi mengelak daripada terpaksa beratur lama untuk mengundi sebaik sahaja proses pengundian bermula pukul 8 pagi.

“Suami dan saya bersiap selepas menunaikan solat Subuh dan disebabkan pusat mengundi kami berbeza, maka saya dihantar ke sini terlebih dahulu.

“Awal pagi mudah kerana cuaca masih belum panas dan orang pun tak ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pusat pengundian SK Penanti itu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), Muhammad Faiz Fadzil yang akan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim (Pas) dengan seramai 30,464 pemilih berdaftar.

Muhammad Faiz (PKR) kali ini akan mempertahankan DUN yang dimenanginya Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu dengan majoriti 2,981 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Beliau yang memperoleh 9,708 undi ketika itu menewaskan calon Pas, Muhammad Fauzi Yussof yang mendapat 6,727 undi serta calon BN, Anuar Faisal Yahaya (4,979 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya