Mesyuarat PH Negeri Sembilan bincang persediaan hadapi PRN

Mesyuarat PH Negeri Sembilan bincang persediaan hadapi PRN

CHA KEE Chin (duduk, lima dari kiri) berkongsikan gambar ahli Mesyuarat Pimpinan PH Negeri Sembilan yang mengadakan pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-FACEBOOK CHA KEE CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar hari ini telah membincangkan mengenai persediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin bagaimanapun berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun itu bukanlah mesyuarat khas seperti yang diperkatakan.

“Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan tergempar kerana notis singkat selepas pembubaran DUN Johor petang semalam.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan semangat keluarga PH Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihanraya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” kata Ahli Parlimen Rasah itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Pemimpin PN Negeri Sembilan mengadakan satu mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, pagi ini.

Antara kepemimpinan yang kelihatan hadir termasuklah Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J. Arul Kumar dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.

Difahamkan mesyuarat itu antaranya bagi membincangkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN