PRN: Rasmi - PN kuasai utara Selangor, tawan sembilan daripada 12 kerusi - Utusan Malaysia

PRN: Rasmi – PN kuasai utara Selangor, tawan sembilan daripada 12 kerusi

Pusat pengundian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) menguasai utara Selangor dengan memenangi sembilan daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ia melibatkan kerusi N.02 Sabak; N.05 Hulu Bernam; N.07 Batang Kali, N.08 Sungai Burong; N.09 Permatang; N.10 Bukit Melawati; N.11 Ijok dan N.12 Jeram.

Semua kawasan tersebut dimenangi dengan majoriti jumlah undi masing-masing iaitu 4,215; 669; 6,842; 2,978; 1,728; 877; 907 dan 5,308.

Calon yang memenangi kerusi itu adalah Nurul Syazwani Noh bagi DUN Permatang;  Sallehen Mukhyi (Sabak); Razali Saari (Sungai Panjang); Muiz Mahyuddin (Hulu Bernam) dan Muhaimin Harith (Batang Kali).

Turut menang, Dr. Mohd. Zamri Mantop (Sungai Burong); Azley Yahya (Bukit Melawati); Jefri Mejan (Ijok) dan Harrison Hassan (Jeram).

Manakala, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi tiga kerusi utara Selangor iaitu N.01 Sungai Air Tawar; N.04 Sekinchan dan N.06 Kuala Kubu Baharu.

Kesemua calon masing-masing memperoleh undi 846; 4,018 dan 4,119. Mereka ialah Datuk Rizam Ismail; Ng Suee Lim dan Lee Kee Hiong.

Secara keseluruhannya, PN memenangi 22 kerusi DUN di Selangor manakala PH-BN kekal mentadbir dengan 34 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya