PRN: Perdana Menteri hadir ‘Grand Finale’ di Kedah Jumaat ini

PRN: Perdana Menteri hadir ‘Grand Finale’ di Kedah Jumaat ini

ANWAR Ibrahim bersama pimpinan utama BN dan PH ketika menghadiri Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Padang Awam Kupang, Baling baru-baru ini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju ke Kedah untuk program ‘Grand Finale’ pada Jumaat ini sebagai usaha terakhir berkempen bagi calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persetujuan tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri melalui panggilan telefon yang dibuatnya, semalam.

Katanya, langkah itu merupakan ikhtiar terakhir kedua-dua gabungan berkenaan untuk cuba memenangi hati rakyat di negeri ini sebelum hari pengundian pada 12 Ogos ini.

“Semalam saya sempat hubungi Perdana Menteri meminta supaya dimasukkan jadual ‘Grand Finale’ itu di Kedah. Perdana Menteri bersetuju untuk melaksanakannya pada tarikh berkenaan dan programnya akan dimulakan dengan solat Jumaat di sini.

“Jadualnya akan kami susun seharian di Kedah. Setakat ini sahih Perdana Menteri secara fizikal akan berada di Kedah untuk berkempen atas tema ‘Grand Finale’. Kami akan buat di dua bahagian iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani,” katanya ketika meninjau bersama calon PH Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris di Pasar Besar Alor Setar, di sini, hari ini.

Sementara itu Saifuddin berkata, laporan daripada bilik gerakan utama peringkat negeri ketika ini menampakkan petanda positif buat PH dan BN di Kedah.

Katanya, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Langkawi iaitu Ayer Hangat dan Kuah yang sebelum ini tiada dalam radar kemenangan, kini menunjukkan indikator melegakan kepada gabungan tersebut.

“Realitinya kami menerima hakikat bahawa PH dan BN merupakan ‘underdog’ di Kedah pada peringkat awal, namun kini kami mula mengejar dan makin optimis mengenai peluang di Kedah. Kami telah kemukakan bukti serta alasan betapa tidak kompetennya Menteri Besar di negeri ini, khususnya berkaitan unsur nadir bumi (REE). 

“Menerusi pemantauan dilakukan, kami dapati beliau yang sebelum ini pantas menjawab serta lincah memberi penjelasan, sangat ‘low profile’ pada 48 jam terakhir sehingga tak muncul dalam program yang sepatutnya melibatkan beliau,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya