DAP Sarawak diberi autonomi penuh tentu jumlah calon tanding PRN

DAP Sarawak diberi autonomi penuh tentu jumlah calon tanding PRN

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP tetap bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang dengan kepimpinan pusat memberi autonomi sepenuhnya kepada DAP Sarawak untuk menentukan strategi serta pemilihan calon.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kepimpinan pusat tidak akan campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh DAP Sarawak termasuk soal jumlah calon yang akan bertanding.

“Kita tunggu dahulu bila pilihan raya negeri akan diadakan kerana Premier Sarawak belum mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Berapa jumlah calon dan strategi yang akan digunakan akan diumumkan kemudian selepas DUN dibubarkan.

“DAP Sarawak mempunyai autonomi untuk membuat keputusan sendiri dari segi calon dan strategi pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada majlis perasmian laluan baharu Bas.My Kuching, di Sarawak hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, kepimpinan DAP Sarawak mempunyai perancangan tersendiri berdasarkan situasi politik negeri.

“Mereka mempunyai rancangan dan keputusan sendiri, jadi saya tidak mahu campur tangan dalam perkara itu,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak pada 2021, DAP bertanding di 26 kawasan namun hanya memenangi dua kerusi iaitu Pending dan Padungan.

Pada PRN 2016, parti berkenaan memenangi tujuh kerusi, sekali gus menunjukkan penurunan prestasi pada pilihan raya 2021.

Untuk rekod, PRN Sarawak dijangka menjadi tumpuan politik tahun ini memandangkan penggal pentadbiran semasa bakal menghampiri tempoh matang selepas pilihan raya negeri terakhir diadakan pada Disember 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN