Polis tidak tolak kemungkinan tahan individu lain kes pergaduhan bola sepak - Utusan Malaysia

Polis tidak tolak kemungkinan tahan individu lain kes pergaduhan bola sepak

SOFFIAN SANTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis tidak menolak kemungkinan akan menahan individu lain susulan insiden pergaduhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dan Kedah FC berhampiran Stadium Bandaraya, dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan susulan itu berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan.

”Pihak polis tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan susulan dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan.

”Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Lim Zhao Yong di talian 01119078888 bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

TANGKAP layar video pergaduhan yang tular di laman sosial antara penyokong Penang FC dan Kedah FC sebaik tamat perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang malam tadi.

Sebelum ini, video kejadian itu yang memaparkan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Penang FC dan Kedah FC tular di laman sosial media.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kedah FC berjaya menundukkan Penang FC dengan keputusan 2-1 dalam aksi ‘derby’ utara yang berlangsung dalam suasana sedikit tegang.

Susulan itu, polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 38 tahun susulan insiden pergaduhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dan Kedah FC.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, susulan kejadian itu juga, seramai 20 lagi lelaki tempatan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

”Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun dan berasal dari Pulau Pinang.

”Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan hasil ujian saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati mereka negatif daripada pengambilan dadah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tujuh suspek yang ditahan reman semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya