Polis kesan tukang gunting rambut buat gangguan seksual - Utusan Malaysia

Polis kesan tukang gunting rambut buat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Manjoi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat mangsa berusia 37 tahun di Balai Polis Jelapang semalam.

Katanya, kejadian pukul 1.25 petang itu berlaku ketika wanita terbabit sedang menunggu anak lelakinya digunting rambut oleh suspek.

“Lelaki warga India itu bekerja sebagai tukang gunting rambut di sebuah kedai gunting di Manjoi. Suspek dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362.

Terdahulu, tular di media sosial laporan polis dimuat naik seorang wanita yang mendakwa diganggu ketika menunggu anak lelakinya berusia enam tahun menggunting rambut.

Menurut wanita itu, lelaki terbabit cuba mengajaknya berbual namun tidak dilayan sebelum suspek mengeluarkan kata-kata lucah sehingga menyebabkan mangsa tidak selesa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya