PM minta pembangunan tidak pinggirkan golongan berpendapatan

PM minta pembangunan tidak pinggirkan golongan berpendapatan rendah

ANWAR Ibrahim berucap merasmikan majlis pecah tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri meminta pemaju perumahan membina lebih banyak projek perumahan untuk penduduk berpendapatan rendah di kawasan-kawasan bandar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan terutama di kawasan-kawasan bandar perlu turut memberi perhatian kepada kumpulan masyarakat berpendapatan rendah.

“Bangunan boleh mencakar langit, kondominium-kondominium boleh berskala besar tetapi mesti diimbangi dengan perumahan sederhana dan perumahan rakyat.

“Mesti ada kawasan lapang, hijau kerana yang menjadi penghuni adalah manusia. Jadi kita tidak mahu dia menjadi satu hutan kota maknanya hutan bangunan bukan hijau. Jadi harus adil.

“Bukan semua yang menginap atau menduduki kawasan-kawasan perumahan yang tinggi itu pendapatan tinggi, pekerjanya pendapatan rendah,” katanya ketika berucap di sini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Madani Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi.

Turut hadir sama adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Kira-kira sebanyak 1,010 unit rumah mampu bilik bakal ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan di tapak seluas 3.4 ekar tersebut.

Anwar berkata, beliau berharap projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah akan diperbanyakkan pada masa akan datang.

“Sebab itu saya nak anjurkan kepada pemaju-pemaju supaya menganggap ini selain daripada syarat yang dipertekankan tetapi juga (sebagai) tanggungjawab sosial untuk baiki kawasan-kawasan kita terutama di kawasan (penduduk) berpendapatan rendah.

“Saya percaya sekiranya pendekatan ini digunakan, kita dalam masa singkat. Kita akan berubah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya