SEGAMAT: Para peneroka Felda mendakwa mereka masih keliru mengenai status tunggakan hutang masing-masing kerana sehingga kini terpaksa membayar komitmen bulanan itu setiap bulan. Seorang peneroka, Nasarudin Mohd. Jadan mendakwa, bayaran bulanan yang diterimanya ditolak terlalu banyak sehingga memberi tekanan terhadap perbelanjaan untuk menyara keluarga. Nasarudin, 77, berkata, potongan itu terlalu banyak dan membebankan peneroka. “Setiap bulan bayaran gaji mampu mencecah RM4,000 tetapi kini hanya dapat RM1,400. Potongan ini terlalu banyak.…