MARAN: Kawasan Chenor di daerah ini menjadi lokasi penting kerabat Kesultanan Pahang dan perkembangan Islam sejak zaman berzaman semakin hilang serinya berikutan dua fasiliti penting ditutup dan diturunkan status quonya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Pekan Chenor Lama, Tengku Hasani Tengku Ahmad berkata, dua fasiliti penting itu adalahpejabat kadi yang dibuka sejak 2021 dan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Chenor. Katanya, walaupun Chenor bukan berstatus daerah, kewujudannya lebih awal…










