KEPALA BATAS: Empat buah sekolah di sekitar kawasan ini dikenal pasti sebagai antara premis dan bangunan yang terjejas susulan kejadian ribut kuat yang melanda beberapa lokasi di Kepala Batas sejak petang semalam. Sekolah yang paling teruk terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir, diikuti oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, SMK Gemilang serta SMK Permatang Tok Jaya. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohamad Dziauddin Mat…










