Pelakon filem pun manusia biasa - S. Ganna

Pelakon filem pun manusia biasa – S. Gana

S. GANA PRAGASAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pelakon drama dan filem Tamil tempatan, S. Gana Pragasam, 55, menolak pandangan sinis pihak tertentu yang menganggap golongan penggiat seni sepertinya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.

Menurutnya yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Subang Jaya, beliau bukan sekadar seorang pelakon dan aktif dalam politik, malah merupakan pemilik syarikat produksi, GV Media Broadcast yang aktif menerbitkan filem.

“Kepada mana-mana pihak yang mengatakan pelakon dan orang seni tidak layak masuk PRN. Saya hendak tanya satu sajalah kepada semua orang, selebriti itu bukan manusia ke?

“Golongan profesional semua boleh masuk politik, peguam boleh masuk. Sekali pun dia bukan peguam, individu tersebut boleh juga masuk politik, doktor pun boleh masuk politik, kenapa nafikan hak pelakon filem untuk berbakti kepada rakyat?” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Gana berkata, sebagai insan biasa, beliau juga perlu bertanding untuk menjadi wakil rakyat dan ia adalah sebahagian proses demokrasi.

Katanya yang juga merupakan Ketua Sayap Bersekutu Bahagian Sungai Buloh, beliau telah lama terlibat dengan politik dan cuma aktif di belakang tabir sahaja.

Mengulas mengenai peluang dirinya untuk menang dalam PRN, beliau berkata, suatu perubahan yang luar biasa akan berlaku nanti.

“Saya yakin, tsunami politik akan jadi di Subang Jaya. Walaupun ia bukan lah tugas mudah, saya yakin melakukannya.

“Saya bertanding di Subang Jaya dan terdapat 120,000 pengundi yang mana 52 peratus adalah kaum Cina. Banyak orang beritahu saya, boleh ke bertanding di kawasan majoriti orang Cina. Adakah saya boleh menang, kita nantikan 12 Ogos ini,” katanya.

Mengulas tawarannya kepada pengundi, beliau berkata, pihaknya berhasrat menzahirkan idea membantu peniaga untuk mudah mendapat lesen perniagaan.

Naib Ketua Sayap bersekutu Negeri Selangor itu berkata, kebanyakan peniaga mengatakan mereka menghadapi masalah dari segi perlesenan dan sukar untuk mendapatkan kebenaran.

“Fokus saya jika menang adalah untuk membantu peniaga dari segi pelesenan dan kemudahan tempat berniaga di seluruh DUN Subang Jaya.

“Lagi pun, saya mahu Subang Jaya menjadi sebuah hab perniagaan terunggul di Selangor, yang mana ia mengumpulkan semua peniaga dan golongan profesional di kawasan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya