Pas yakin gelombang hijau mampu tawan Johor

 Pas yakin gelombang hijau mampu tawan Johor

Abdul Hadi Awang dan Ahmad Fadhli Shaari (tengah) dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Logo Tema Hari Kebangsaan peringkat Pemuda Perikatan Nasional, di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN/SHIDDIQQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pas yakin gelombang hijau mampu membadai Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun ada pihak menyelar perkara tersebut, Pas bagaimanapun tidak goyah dengan pendirian mereka. 

Malah, beliau mengesahkan Pas akan bertanding di satu daripada dua kerusi di dua lokasi berkenaan.

“Kita dapat respons yang sangat baik dari Negeri Sembilan dan Selangor yang mana sebelum ini pun orang kata tak akan ada gelombang hijau. 

“Tetapi gelombang hijau itu telah pun berlaku di dua negeri itu. Jadi kita harap pengaruhnya akan berlaku di Johor juga nanti,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda Perikatan Nasional di Pejabat Agung Pas Pusat di sini, semalam.  Turut hadir, Ketua Pemuda Parti Perikatan dan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.  

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menyindir ‘gelombang hijau’ PN mustahil akan berlaku di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Katanya, gelombang berkenaan agak sukar diterima rakyat Johor yang lebih mengutamakan kesederhanaan.

Dalam masa sama, Hadi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding bagi mewakili parti Perikatan Nasional ( PN) dalam masa terdekat. 

“Kita akan kemukakan nama calon-calon nanti Insya-Allah. Akan diumumkan pada masa terdekat,” katanya. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selaku penyandang kedua-dua kerusi terbabit pada 23 Julai lalu.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya