Anwar belum jumpa Zahid bincang soal PRN

Anwar belum jumpa Zahid bincang soal PRN

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa belum ada sebarang pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dibuat bagi membincangkan soal Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Belum, belum lagi,” kata Anwar ringkas ketika ditanya media mengenai sama ada beliau telah bertemu dengan Ahmad Zahid bagi berbincang soal PRN itu.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor keputusan berkenaan sudah mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti itu.

Pada PRN Johor ke-15 Mac 2022 lalu, BN membentuk kerajaan negeri apabila menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH pula menang 12 kerusi, dengan 10 dimenangi DAP, selain PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang tiga, manakala MUDA satu. DUN Johor dijangka terbubar secara automatik pada 21 April tahun depan.

Susulan itu, ketika di Johor baru-baru ini, Anwar memaklumkan beliau akan berunding dengan Ahmad Zahid berhubung pendirian BN dan PH Johor bertanding solo pada PRN Johor akan datang.

Anwar turut berharap rundingan akan berjalan dengan baik untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN