Objek meletup berhampiran kawasan sekolah di Padang Besar - Utusan Malaysia

Objek meletup berhampiran kawasan sekolah di Padang Besar

ANGGOTA polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes letupan objek di sebuah sekolah sekitar Padang Besar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Satu objek dipercayai bahan letupan ditemukan di hadapan sebuah sekolah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi pengawal keselamatan sekolah berkenaan pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata, menerusi siasatan awal, pengawal keselamatan itu memaklumkan telah mendengar satu bunyi letupan di luar kawasan sekolah sekitar pukul 4 pagi.

“Siasatan polis juga mendapati letupan itu adalah berpunca daripada sebuah objek dipercayai buatan sendiri,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Shokri berkata, siasatan lanjut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bersama Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada paip besi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ekoran daripada kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu Mohd. Shokri berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga menjejaskan siasatan polis.

Tambahnya, Polis Padang Besar akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Harnizam di talian 0115551000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN