PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun disahkan antara lapan penumpang yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, Shah Alam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media.
Berikut adalah maklumat dua anak kapal dan enam penumpang:
1. Shahrul Kamal Roslan (anak kapal)
2. Heikal Aras Abdul Azim (anak kapal)
3. Datuk Seri Johari Harun (penumpang)
4. Khairil Azwan Jamaludin (penumpang)
5. Shaharul Amir Omar (penumpang)
6. Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi (penumpang)
7. Mohammad Taufiq Mohd Zaki (penumpang)
8. Idris Abdol Talib Ramali (penumpang)
Menurut Siew Fook, bagaimanapun identiti mangsa perlu disahkan menerusi proses forensik dan kemudian diumumkan oleh pihak polis.
Mengulas mengenai dua orang awam, beliau berkata, identiti mangsa belum disahkan dan perkara itu sedangkan dilakukan oleh polis.-UTUSAN










