Jerebu: Penduduk New Delhi bergantung kepada penapis udara

Jerebu: Penduduk New Delhi bergantung kepada penapis udara

SEJUMLAH kenderaan bergerak dalam jerebu tebal di New Delhi, India. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penduduk New Delhi semakin bergantung kepada penapis udara ketika kualiti udara di ibu negara India terus merosot ke tahap teruk, memaksa orang ramai mencari inisiatif perlindungan daripada jerebu toksik yang menyelubungi bandar berpenduduk padat itu.

Delhi belum mencatat satu pun hari dengan ‘udara bersih’ pada 2025, apabila bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) kekal melebihi paras 50 sepanjang 2025.

Dalam skala AQI dari 0 hingga 500, kualiti udara baik berada di bawah 50, manakala paras melebihi 300 dianggap berbahaya.

Sejak akhir Oktober, purata AQI di Delhi melebihi 370, iaitu pada tahap ‘sangat teruk’, dan melonjak kepada 428 pada 11 November, menandakan hari pertama kualiti udara dicatatkan sebagai ‘bahaya teruk’.

Buat masa ini, ramai penduduk beralih kepada penapis udara sebagai ikhtiar untuk sekurang-kurangnya melindungi diri ketika berada di rumah.

Menurut seorang penduduk, Mohit Srivastava, dia mula menggunakan penapis udara sejak lapan tahun lalu, dan berharap peranti tersebut membantu mengurangkan serangan asmanya yang bertambah teruk akibat jerebu.

Kini, dia tidak lagi mampu membayangkan hidup tanpa peranti tersebut, ketika kualiti udara di ibu negara terus merosot dan memaksa penduduk bergantung kepada penapis udara untuk bernafas di dalam rumah.

“Keadaan di Delhi amat membimbangkan dan tiada usaha daripada kerajaan untuk mengakui betapa seriusnya situasi ini,” kata Srivastava.

Pemilik pembekal penapis udara Clean Plus, Sunil Kumar berkata, permintaan terhadap peranti itu meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, hanya golongan kelas tengah dan atasan membeli penapis udara. Kini, golongan berpendapatan renda yang tidak mampu, turut membelinya.

“Stok juga tidak cukup kerana permintaan tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN