Nahas pesawat: Jenazah Muhamad Hafiz tiba di kampung halaman

Nahas pesawat: Jenazah Muhamad Hafiz tiba di kampung halaman

JENAZAH Muhamad Hafiz Muhamad Saleh tiba di Masjid Al-Huda untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerung di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, kelmarin tiba di Kampung Jerung, di sini.

Ketibaan van membawa jenazah pada pukul 2.56 petang disambut penduduk kampung termasuk kenalan dan saudara mara Muhamad Hafiz yang berada di pekarangan Masjid Al Huda, kampung berkenaan.

Turut mengiringi jenazah dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang adalah kedua ibu bapanya, Muhamad Saleh Othman, 57, dan Jamaliah Ismail, 53.

Imam Masjid Al-Huda, Aziddin Mat Arifin kemudian mengimamkan solat jenazah di masjid berkenaan sebelum terus ke tanah perkuburan yang terletak bersebelahan masjid untuk urusan pengkebumian.

Terdahulu, penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang disahkan identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah kemudian telah dimandi dan dikapankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan HTAR sebelum dituntut oleh Muhamad Salleh kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik itu merupakan pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut dalam nahas tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya