Maqis rampas 3,000 kg makanan haiwan dari Itali - Utusan Malaysia

Maqis rampas 3,000 kg makanan haiwan dari Itali

SEBAHAGIAN konsainan makanan haiwan dari Itali yang disita oleh Maqis di pintu masuk Dermaga Air Dalam, Butterworth, Pulau Pinang hari ini kerana tidak mempunyai permit import yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Pulau Pinang menahan kemasukan konsainan makanan haiwan dari Itali di pintu masuk Dermaga Air Dalam di sini, hari ini.

Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati konsainan makanan haiwan seberat 3,000 kilogram (kg) bernilai RM46,000 tersebut tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

Susulan itu, katanya, kesemua konsainan makanan haiwan itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan dari Itali adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Ikram berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan agromakanan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya