Lelaki 'misteri' maut dilanggar keretapi - Utusan Malaysia

Lelaki ‘misteri’ maut dilanggar keretapi

TAN CHENG SAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dilanggar oleh keretapi di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok, dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam yang kebetulan berada di lokasi tersebut.

“Hasil siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati, mangsa berusia lingkungan 30-an, namun tidak diketahui bangsanya (identiti).

“Dia mengalami kecederaan parah disyaki dilanggar sebuah keretapi dari arah Bukit Mertajam menghala ke Simpang Ampat di Seberang Perai Selatan (SPS).

“Akibat pelanggaran itu juga, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Bahagian Forensik di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Cheng San berkata, siasatan turut mendapati mangsa tidak memiliki kesan suntikan ‘basillus calmette-gurin’ atau BCG dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di tempat kejadian.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau.

Dalam pada itu katanya, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi ibu pejabat polis daerah (IPD) tersebut di talian 04-5382222 bagi membantu pengecaman mayat.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintasi mana-mana landasan KTMB kerana boleh membahayakan nyawa selain mengakibatkan kerosakan terhadap harta benda awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya