Lelaki hina Agong di Facebook ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki hina Agong di Facebook ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

eorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi laman Facebooknya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek berusia 43 tahun itu didakwa memuat naik hantaran tersebut menggunakan akaun @SamBanjar Perak.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN