Kerajaan cari mekanisma selaras gaji pekerja swasta - Utusan Malaysia

Kerajaan cari mekanisma selaras gaji pekerja swasta

ANWAR Ibrahim (tengah) bersalaman dengan usahawan yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Kuala Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik bagi menyelaras  gaji pekerja dalam sektor swasta di negara ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara cadangan yang sedang difikirkan ialah sebahagian bayaran gaji sektor swasta ditampung oleh kerajaan. 

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.

“Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. 

“Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan limpahan pelaburan besar yang memasuki negara sejak kebelakangan ini akan turut dinikmati pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan. 

“Kita akan memastikan pelaburan besar ini turut turun ke bawah agar pengusaha kecil dan sederhana boleh menerima manfaat. 

“Negara tidak boleh berbangga dengan pelaburan besar tetapi bergantung dengan usahawan kecil. Ini yang kita tekankan,” katanya. –  UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya