Kanak-kanak lemas kolam rekreasi inap desa - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lemas kolam rekreasi inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai lemas di kolam renang rekreasi sebuah inap desa di sekitar daerah ini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata, kejadian itu disedari bapa mangsa berusia lingkungan 30-an kira-kira pukul 5.05 petang.

Katanya, lelaki itu terdengar jeritan daripada seorang lagi anaknya yang ternampak mangsa tidak sedarkan diri di dalam kolam.

“Bapa kanak-kanak itu kemudian mengeluarkan mangsa dan cuba memberi bantuan pernafasan namun tidak berhasil. Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke klinik kesihatan berdekatan bagi tindakan lanjut,” katanya, hari ini.

Jelas Khalid, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika tiba di klinik itu, kira-kira pukul 6.25 petang.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jamaah dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa ke kolam rekreasi itu bersama bapa dan tiga beradik lain.

“Ketika kejadian, ibu mangsa tiada kerana menjaga anak bongsunya di rumah. Keluarga itu tidak menginap di inap desa namun hanya datang mandi di kolam renang rekreasi yang dibuka kepada pengunjung luar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya