KANGAR: Setiap kali tiba bulan Kebangsaan, menjadi kemestian bagi pasangan Abdul Aziz Shaari, 60, dan isterinya, Ku Habshah Ku Abd Rahman, 55, menghias rumah dengan kibaran Jalur Gemilang. Malah, sejak 30 tahun lalu, pasangan itu tidak pernah gagal menghias pekarangan rumah mereka di Kampung Santan di sini, dengan kibaran bendera Malaysia itu bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan. Abdul Aziz yang juga pesara kerajaan berkata, jiwanya seolah-olah kosong jika tidak melakukan…










