Trisya Ooi akui kurang selesa melakonkan adegan ranjang - Utusan Malaysia

Trisya Ooi akui kurang selesa melakonkan adegan ranjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Trisya Ooi mengakui mempunyai batas tertentu ketika menjalani adegan ranjang dalam filem seram lakonan terbarunya, Nar’sata: Sekutu Setan.

Menurut pelakon dengan nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, itu, perincian mengenai cara adegan tersebut dilakukan telah dibincangkan ketika berada di set penggambaran.

“Cakap mengenai babak dirogol itu, sebenarnya babak itu dalam skrip sudah ditulis. Tetapi, perincian mengenai babak itu dibincangkan di set penggambaran.

“Abang Pierre ada terangkan bagaimana babak itu akan dijalankan,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Nar’sata: Sekutu Setan, semalam.

Tambah Trisya yang juga memagang watak Balqis dalam filem itu, dia kemudian memaklumkan kepada Pierre Andre bahawa dirinya kurang selesa dengan beberapa perkara dalam babak tersebut.

“Saya ada batas yang saya tidak boleh pergi dan saya berasa kurang selesa bersama dengan mereka dalam bilik itu” ujarnya.

Katanya, ketika itu, proses penggambaran baru memasuki hari kedua atau ketiga dan dia juga masih belum rapat dengan beberapa pelakon lelaki yang terlibat dalam babak tersebut.

“Pada masa itu, saya ingat lagi. Babak yang saya dirogol itu dijalankan hari kedua atau ketiga penggambaran.

“Waktu itu, saya masih tak rapat lagi dengan beberapa pelakon lelaki seperti Imranul dan Khenobu, tetapi mereka sangat baik dengan Trisya,” jelasnya.

Ujar Trisya, Pierre menerima pendapatnya dengan baik dan bersedia mengikut tahap keselesaannya.

“Apa yang saya selesa, itu yang kami lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Trisya menjelaskan bahawa babam rogol tersebut akhirnya dirakam secara berasingan antara dirinya dan pelakon lelaki lain.

“Pelakon lelaki dan saya ketika itu untuk babak dirogol itu adalah dirakam secara berasingan.

“Babak melibatkan watak saya pada masa itu hanya dirakam secara rakaman dekat atau big close up (BCU).

“Saya hanya memakai kain dan selimut ketika babak itu dirakam,” tambahnya.

Dalam masa sama, Triya turut berterima kasih kepada barisan pelakon lelaki yang banyak membantu sepanjang menjayakan adegan tersebut.

“Terima kasih kepada mereka sebab mereka sangat membantu saya,” katanya.

Untuk rekod, watak Balqis dalam filem seram Nar’sata: Sekutu Setan (2026) ialah seorang gadis yang hidupnya diselubungi penderitaan, pengkhianatan, dan dendam yang mendalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN