Ibu buntu wang beli vaksin anak kembar belum cukup

Ibu buntu wang beli vaksin anak kembar belum cukup

ERMA Eafah Aisah Mat Napi meriba anak kembarnya di rumahnya di Kampung Tini, Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ibu buntu memikirkan nasibnya yang memerlukan wang sekurang-kurangnya RM20,000 untuk membeli vaksin jenis Synagis Palivizumab untuk anak perempuan kembarnya berusia enam bulan yang menderita masalah paru-paru kronik.

Pasangan kembar seiras itu Nur Alya Aleesya Mohd. Syahmi dan Nur Aila Alysa memerlukan segera suntikan itu bagi menggelakan mereka berdepan risiko jangkitan virus Respiratory Syncytial (RSV) yang boleh membawa maut jika gagal berbuat demikian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Erma Eafah Aisah Mat Napi, 35, berkata, pendapatan dia dan suami (Mohd. Syahmi Abd. Rahman, 33) yang hanya menjual aiskrim Malaysia, bihun dan laksa secara kecil-kecilan yang diletakkan di kedai kopi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan itu.

Menurutnya, kos satu dos vaksin bernilai RM4,000 dan setiap seorang anaknya memerlukan sekurang-kurangnya lima suntikan.

“Selain itu, kamu terpaksa melangsaikan kos perubahan anak kembarnya itu berjumlah RM11,000 selepas mereka berdua dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis lalu. Jumlah itu melibatkan perbelanjaan sepanjang tujuh bulan anak saya mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian.

“Bagaimanapun, hasil bantuan orang ramai saya sudah berjaya membuat bayaran awal sebanyak RM3,000. Disebabkan jumlah itu terlalu besar, saya sudah menggemukan rayuan pengurangan daripada pihak Tafsiran dan Unit Kebajikan Sosial Hospital USM,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Erma Eafah memberitahu, sejak pasangan kembar itu keluar dari hospital dia terpaksa menempatkan mereka di bilik khas yang dilengkapi penghawa dingin serta penapis udara hasil sumbangan orang ramai bagi mengurangkan risiko penyakit-penyakit lain.

Katanya, disebabkan itu vaksin tersebut sangat penting untuk membantu pasangan kembar berkenaan meneruskan kehidupan.

“Selain itu saya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM800 sebulan untuk membeli susu formula khas serta lampin pakai buang,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Mybank 162348552082 Erma Eafah Aisah Mat Napi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN